Setiap talipinggang mempunyai 2 peringkat atau pangkat sebelum dinaikkan ke pangkat seterusnya. Talipinggang hitam mempunyai 9 peringkat bagi ITF dan 10 peringkat bagi WTF. Peringkat atau pangkat bagi talipinggang hitam dipanggil "Dan". Pemegang 10 Dan hanya ada 5 orang sahaja di dalam dunia dan mereka semuanya berketurunan Korea.
Apabila seseorang itu mencapai peringkat 4 Dan, mereka layak untuk membuka kelas atau akademi sendiri. Di Malaysia terdapat beberapa persatuan Taekwondo tempatan yang bernaung di bawah beberapa persatuan Taekwondo antarabangsa, antaranya:
- World Taekwondo Federation (WTF)
- International Taekwondo Federation (ITF)
- Global Taekwondo Federation (GTF)
Perbezaan ketara antara WTF dengan ITF dan GTF adalah matapelajarannya. WTF banyak mementingkan aspek kesukanan di mana ia telah diiktiraf oleh Majlis Olimpik dan telah menjadi salah satu acara di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 iaitu Sukan Olimpik di Sydney, Australia.
ITF dan GTF pula banyak mementingkan aspek kesenian. Tidak seperti WTF, kedua-dua persatuan ini ingin mengekalkan kesenian Taekwondo yang berusia beribu-ribu tahun dan tidak hanya untuk mengutip mata apabila sesuatu pertandingan diadakan.
Tetapi pangkat saya kini masih lagi rendah, baru pangkat yang kelima, hijau ke-2. latihan yang banyak perlu saya lakukan kerana latihan ini tidak akan berjaya tampa disiplin dan dedikasi yang sangat teguh lagikan konsisten.........
No comments:
Post a Comment